Assalam korang. Bersempena nak puasa ni kan, sedikit muqaddimah hendak saya berikan, haha *haktuih ayat. Hope you guys enjoy it!
Penyimpan mohor mohor besar diraja iblis mengumumkan bahawa semua syaitan akan bercuti tanpa gaji selama sebulan bermula dari 1 ramadhan bersamaan 01hb ogos 11. Sebarang kerja kerja over time tidak dibenarkan. Pesanan untuk semua manusia bahawa semasa percutian kami ada yang tak solat bukan sebab kami yang suruh. Ada yang curi curi tak puasa bukan salah kami yang hantar runner beli makanan. Kalau ada yang mengumpat bukan kami yang bagi idea. Kalau ada yang berkepit bukan kami yang cover line. Semuanya tidak ada kena mengena dengan kami. Jadi jangan salahkan kami. Beramal lah dan mengumpul pahala semasa ketiadaan kami. Semoga berjumpa lagi pada 1 syawal. Jangan ponteng puasa ye! xD
No comments:
Post a Comment