Friday, 1 July 2011

Kisah yang penuh dengan kesabaran

Salam semua. Selamat Petang ye tuan puan, pemuda pemudi sekalian yang rajin membuka blog ini dan membaca. Mulanya saya ingin berkongsi sedikit kisah yang memerlukan kesabaran sepenuhnya, perhaps.

Rabu 29 Jun 2011. Tarikh yang mungkin pada saya akan tercatit/catat dalam diari, hee. Malam tu, saya ada kelas tuisyen kimia. Area are parit besar jugak tapi dekat dengan BP Mall. Rumah saya jauh kedalam sana. Elak sampai hujung jalan parit besar je taman tuh. Dengan berbesar hati nak pergi sendiri naik motor. Disebabkan ibu ada kelas jugak, that's why macam malas je nak suruh ibu hantar. Nanti balik nak kena tunggu ibu habis baru dia boleh ambik. So, rasa better pergi sendiri. Pada mulanya memang tak kisah sangat, sebab sebelum ni memang pergi naik motor. Ayah ada jugak offer nak hantar sebab dia nak keluar. Mungkin mood saya malam tuh tersangat lah baik. Dengan berkata kepada ayah "Takpe lah, adik pergi naik motor je." Ayah pun tak kisah.

Dengan berpakaian kan track suit, t-shirt, sweater, tudung syria dan selipar, keluar dari rumah dengan penuh perasaan nak belajar, cewahh! Haha. Start motor apa lagi jalan maa. Bawak macam biasa 70km/h. Malam kan tak ramai sangat. Nasib tak press sampai 90km/h, hee. Masa kat dalam area taman nak keluar tuh terasa jugak apa pasal lah motor ni bengong sangat, tetiba press tak jalan. Press sampai habis baru jalan. Tapi lepas tuh macam kena kilat lah kan, punya laju tahap cipan. Elak teterbang je, maklum lah badan pun sekeping je, mana taknya senang nak dibawa angin kan. Haha, sabar jelah. Dah keluar taman motor macam tadi kejap kejap tak jalan. Okay, masa tuh perasaan boleh dikatakan still can cover. Setiba lagi 10meter nak sampai Ah Luck Tilin Sdn Bhd motor betul betul buat hal. Press punya press tak start, sampai dia terberhenti sendiri sampai depan ALT Sdn Bhd ni. Haaa time tuh lah hati terlampau menjunam shiuewwwwwww dump! Nasib berhenti kat tempat tuh kan.

Nak call tak boleh sebab apa? HABDPHONE dalam laci ibu. Dengan purse apa semua tak bawak, bayangkan how. Tak pernah pernah kena macam tuh haa kan terkena jugak. Kereta motor lalu lalang, tapi takde siapa nak berhenti tanya apa masalah. It's okay. Sebab aku pun cover macam menunggu someone kat situ. IHIKHIK, tapi luaran jelah. Dalam tak tahu macam mana nak kata. Tengok jam pun dah 8.10pm. Rasa rasa member pun belum pergi sebab kerja dia memang datang lewat. Nasib dia pun duduk PB then lalu situ naik motor. Ingat boleh jumpa dia apa semua. Punya lah tak perasan, member dah lepas baru perasan. Haaa apa lagi, menjerit lah " SUE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy fine -,- Dia tak dengar dan meneruskan perjalanan ke rumah Cikgu Sulaiman. Rasa nak menangis pun ada. Hesy!

Then ternampak ada satu rumah dekat dekat situ jugak. Apa lagi menolak lah kan motor Modenas yang berat gila tuh. Sampai kat sana letak bawah pokok. Gelap sikit, biar orang tak nampak motor gemok tuh kat situ, haha. Bagi salam sampai ke dapur pergi, takde yang menyaut. Pergi kat motor amik bag keluarkan pencil case and kertas and i wrote like these, " MAAF, saya terpaksa meletakkan motor ini buat sementara waktu. Motor ini mengalami sedikit kerosakan. Saya akan kembali dalam jangka masa yang singkat" Aku tak rasa tulisan tuh tulisan yang selalu korang cakap kemas. Dah ,acam cacing kerawit dohh -,- Haha! Lantak lah. Then pack back, letak paper tuh atas sit. Then, menuju kerumah dengan berjalan kaki. Jarak agak lah dalam 2km i think so. Memang korang tengok digit tuh sikit, tapi bila dah ada dalam keadaan macam tuh, perghhhhhh ==' Tuhan saje yang tahu macam mana perasaan.

Jalan jalan buat muka tak bersalah/seposen all that. Bila dah masuk taman, dah lah gelap. Nak sampai rumah, terpaksa jugak jalan. Then dah nak dekat sampai corner, ada pulak makhluk ni main 'gung', 'gung'. Elak patah balik je amik jalan balik. Disebabkan penat dan malas, terpaksa meneruskan perjalanan. Nsib 'gung' 'gung' tuh tak kejar. Then tetiba nampak motor bernumber plat start from M, then i recognised that motorbike. But i just ignored it, maybe salah orang kot nanti. Sampai je corner, motor tuh U-turn, then tetibe orang yang bawak motor tadi shout, "Adik kan?!" Okay, tersinar rasanya hati bila dengar orang tuh tanya macam tuh. Sesampai je motor tadi dekat sebelah saya, ouhh that's my sister's boyfriend. Syukur alhamdulillah. Dia bawak balik saya dengan motor dia tuh.

Pelik jugak kan, kenapa mesti pakwe akak yang ternampak. Rupanya sebelum tuh dia dah pergi dulu rumah nak amik something. So he just dropped me in front of the house. Masuk bukak pagar je ibu punya muka dah pelik, sebab nampak saya menangis. Dengan serta merta terus pergi dekat ibu cakap, motor tetiba tadi terberhenti sendiri. Masuk rumah naik atas, ayah nampak. Ayah tanya kenapa. Then bagitahu lah apa yang terjadi. Bla bla bla bla dan bla. Ayah tanpa memujuk saya, terus memarahi saya, dengan berkata. Awak ni selalu menyusahkan orang kan. Saya terlampau sebak ya amat at the same time. Ya Allah! Kenapa ini yang engkau berikan kepada hamba Mu ini. Saya masih boleh bertahan. Ayah masa tuh tengah bersiap untuk pergi ke Pacific Bowl. Dia ada game so kena datang awal. Pulak masa tuh dia dah nak pergi. Nak buat macam mana, nak tak nak ayah kena jugak pergi tengok motor tuh apa yang terjadi right. Dia pun start kereta terus keluar. Dalam 5 minutes later, telefon rumah bunyi. Saya angkat and it is ayah. He asked me where i put the motorbike. *dengan nada yang tinggi okay. Kau bayangkan perasaan aku masa tuh. Then matikan perbualan tersebut selepas aku bagitahu ayah.

Lepas tuh ayah call ibu cakap minyak motor yang habis. Setahu aku, minyak tuh ada lagi satu bar kot, hmm entahlah kan. Kunci motor kat tangan ayah, haihh! Dia pun direct terus pergi bowling dengan keadaan motor macam tuh parking rumah orang. Bukan dia nak tolong tolak kan ke, call someone suruh tolong ke, ni tidak bowling yang dia kejarkan. Dia bagitahu ibu, lepas ibu habis tuisyen nanti, pergi beli minyak, then amik kunci dekat bowling sana. Perghhhhhhhhhh -,- Sabar jelah kan. Then aku tak tahan terus call NanaHayley J's, cerita apa yang dah berlaku. Dia kata suruh aku sabar. "LELAKI SEMUANYA SAMA. EGO MEREKA TETAP ADA. DAN MEREKA TIDAK AKAN PERNAH MENGALAH WALAUPUN DENGAN KAUM LAIN" dan she said "MENANGIS LAH KALAU ITU PENGUBATNYA" Saya sangat tersentuh dan kata kata tuh mungkin membuatkan aku lagi nangis.


# muka budak nangis.


Tengok, sempat upload lagi tau, haha. Dah habis call, online kajap untuk happykan hati. Update blog kejap apa semua sementara tunggu ibu habis kelas.

Ibu pun dah habis tuisyen, then ibu terus ajak pergi beli minyak after that pergi BP Mall punya bowling semata mata nak amik kunci motor. Ahh dengan pakaian aku yang selebet, peduli apa orang nak cakap apa kan. Hati dah hilang masa tuh. Malas rasanya ank bertentang muka dengan orang yang sedang memegang kunci motor that time. Masuk masuk je nampak ayah cuit mintak kunci terus bla. Tanpa menyalamnya. Zalim jugak kan aku ni, hahahahahahaha ==' Biar lah benda dah lepas. Nanti kan boleh mintak maaf, hee. Then turun bawah ibu teus drive pergi kat rumah tempat aku letak motor tuh, lepas dah tuang minyak. Then try start, korang tahu apa? Terus tanya dekat ibu, " Sekarang masalah motor ke? Minya dah penuh pun tak boleh start, ish!" Ibu diam je, malas nak membantah dengan anak bongsu dia ni. Then ibu cakap, nak buat macam mana, terpaksa tolak motor tuh jugak sampai rumah. Kau bayangkan dengan aku yang sekeping nak menolak motor Modenas yang gemok tuh. Elak tangan aku paralyse je sampai rumah kan. So, terpaksa jugak menolak. Nak ibu teman, takan nak tinggalkan kereta kat situ. Ibu pun ikut serta tapi dia naik kereta, dia akan tunggu 70 meter kedepan dan seterusnya sampai rumah.

Weyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy, tangan aku sakit gila! Tapi aku tak buat muka dengan ibu. Ibu tak bersalah. Sampai kat rumah pun buat macam biasa, minum air apa semua. Berbual ketawa dengan ibu. Sekali tengah rancak berbual, ayah pulak balik, dengan serta merta takde mood. Aku terus cakap dengan ibu, ngantuk nak tidur dulu, terus lah naik atas. Tapi tak masuk bilik, aku duduk kat tangga. Nak tengok apa yang ayah nak cakap atau bertanya. Bila dia masuk rumah, satu hapak perkataan pun aku tak dengar. Ibu kat bawah buat kerja sendiri je, semuatak nak geng dengan ayah lah senang cerita kan, hee! Jahat kan. Sampai sekarang, minute dan saat ini, aku belum bertegur dengan ayah even satu perkataan.

Perasaan belum dapat dipadam lah ayah, sorry kay. Adik tak sangka ayah sanggup buat kami macam ni. Ayah macam lebih pentingkan bowling pada malam tuh, daripada keselamatan adik yang berjalan seorang diri pada waktu malam. Takpe lah, semua orang ada melakukan kesalahan. Adik faham, cuma buat masa sekarang, adik masih tidak dapat untuk menegur ayah. Adik mintak maaf.

Sekian, salam :)

No comments:

Post a Comment